Di musim perayaan, kita disajikan dengan pelbagai jenis juadah dan hidangan. Pasti kita tidak akan melepaskan peluang untuk menjamah setiap jenis makanan dan tidak lupa minuman manis atau bergas. Bila dah satu hari kita melantak dan makan sakan, pasti perut kita akan berasa sebu. Ikut beberapa tip ini untuk melegakan perut sebu ini.

  • Air Lemon Suam

    Mulakan pagi anda dengan minum segelas air suam yang dicampur dengan perahan jus lemon. Masukkan sediit madu jika anda tidak suka terlalu masam. Ia akan membantu mengembalikan sistem imunisasi anda, mengimbangkan kadar PH dah menyahkan toksin dalam badan.

  • Air Halia Suam

    Halia memang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita. Halia dapat mengeluarkan angin dan menyingkirkan lemak. Hanya hiriskan beberapa keping halia dan rendamkan bersama air panas. Jika suka boleh tamabahkan madu dan perahan jus lemon.

  • Banyakkan Minum Air Kosong

    Elakkan minum air yang bergas, manis dan berkafien. Ini kerana badan anda memerlukan cecair yang secukupnya untuk melancarkan proses penghadaman. Jadi pastikan minum air kosong dengan banyak.

  • Rehatkan Sistem Penghadaman

    Jangan makan makanan yang berat, ini kerana sistem penghadaman anda perlu berehat.  Makan makan yang ringan seperti  sup dan aiskrim. Kunyah makanan anda dengan perlahan-lahan dan hancur, jika tidak makanan yang tidak hancur akan tersimpan dalam perut dan menyebabkan gas berlaku.

  • Lakukan Senaman Ringan

    Bila perut tidak berasa selesa, ia bukan alasan untuk anda tidak bersenam. Pilihlah jenis senaman yang anda suka seperti berjoging, yoga, atau berjalan. Bila badan anda bergerak, toksin dalam badan anda dapat dikeluarkan.

Ingat! ‘Makan sebelum lapar, Berhenti sebelum kenyang tau!

Sumber: rasa.my & google (gambar)