Kalau kita terlalu kerap menggunakan minyak masak yang sudah diguna berulang kali, sebenarnya ia tidak sihat untuk kesihatan tidak kira dalaman mahupun luaran.

Untuk kesan yang lebih bagus, jangan menggunakan minyak masak lebih daripada dua kali. Tetapi kalau anda perasan, even guna minyak sekali sahaja pun ada menjadi kehitaman. Especially bila kita goreng ayam atau daging yang sudah diperap dalam kicap atau sos tiram.

Jom kita tengok antar bahan yang boleh digunakan untuk membersihkan minyak masak yang sudah diguna pakai. |

PETAU #1

  • Ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan yang mahu digoreng.
  • Goreng bahan tadi bersama asam gelugur sehingga minyak tampak ‘bersih’ dan keluarkan asam gelugur.
  • Dengan cara ini, anda masih boleh menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng untuk kali berikutnya.

PETUA #2

  • Taburkan garam halus selepas anda selesai menggoreng.
  • Tidak perlu banyak, cukur sekadar 1-2 cubit garam halus dan taburkan di permukaan minyak.
  • Minyak akan bersih sedikit dan masih boleh digunakan untuk menggoreng selepas itu.

PETUA #3

  • Jika mahu menggunakan halia, hiriskan ia nipis-nipis.
  • Panaskan minyak dan goreng halia sehingga ia mengecut.
  • Kemudian keluarkan halia itu dan anda boleh menggoreng untuk kali berikutnya.

Sumber : Rasa