Petua Rambut Cepat Panjang Hanya Dengan 1 Bahan
Pernah tak mengalami situasi apabila anda sudah memotong rambut pendek tetapi tiba-tiba anda akan terasa macam menyesel kerana melakukan perbuatan itu? Paling sedih apabila rambut anda seakan-akan lambat untuk tumbuh semula.
Haa jangan risau sebab entri kali ini Abang Brian nak kongsikan petua untuk bagi rambut anda cepat panjang dan sihat. Jom kita tengok antara bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.
SERAI
- Ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Selepas itu rebus sehingga ia mendidih.
- Sebaik sahaja ia sudah mendidih, tutup api dan biarkan untuk beberapa minit supaya ia sejuk dengan sendiri.
- Apabila sudah sejuk, ambil airnya dan sapurkan ke atas kulit kepala
- Picit atau ramas sedikit kulit kepala anda supa ia dapat membantu melancarkan aliran darah pada bahagian kepala.
- Biarkan selama 2 jam sebelum anda basuh menggunkan air bersih.
Anda boleh mengamalkan petua ini sebanyak 2 – 3 hari seminggu. Serai sangat membantu untuk menguatkan akar rambut dan dapat mengurangkan rambut gugur. Yang paling penting, ia dapat mempercepatkan pertumbuhan rambut baru.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : petuatradisional

