Setiap orang mempunyai cara dan tabiat tidur yang tersendiri. Berikut ialah rahsia disebalik cara dan tabiat tidur manusia. Tidak digalakkan untuk anda mempercayai 100% tau.

  • Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala

Anda merupakan seorang individu yang sangat pandai dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala anda selalu memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup anda. Tetapi anda juga seorang yang sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri anda yang agak memilih!

  • Selubung seluruh badan dengan selimut

Penampilan anda sangat macho di hadapan orang ramai tetapi hakikatnya jauh di dalam diri anda itu, anda adalah individu yang pemalu dan lemah. Anda terlalu banyak menyimpan rasa dan sekiranya anda berhadapan dengan sesuatu masalah, anda lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa anda sering meracau sewaktu dalam tidurmu.

  • Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang

Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Anda lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri anda memang dipuji.

  • Tidur meringkuk

Anda berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri anda. Anda sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan anda. Anda beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidup anda.

  • Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti anda. Individu yang berada di sekeliling anda harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri anda kerana anda dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.

  • Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan

Anda adalah individu yang cerewet, selalu mengkritik dan merungut. Selain itu anda juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil atau kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya anda harus belajar untuk lebih bertenang.

  • Tidur mengiring dengan beralaskan lengan di kepala

Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Anda adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Anda perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri anda. Sekiranya anda mempraktikkan kesemua ini, kegembiraan akan menjadi milik anda yang abadi.

  • Tidur meringkuk di satu arah

Gaya tidur sebegini melambangkan anda adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Anda akan melihat kejayaan dalam setiap perkara yang anda lakukan. Anda akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

  • Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa

Ia memperlihatkan identiti diri anda yang sebenar. Anda sukakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu anda juga adalah tergolong dalam kategori pemboros tetapi anda beruntung kerana pendapatan yang anda miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri anda.

  • Tidur meniarap

Sekiranya anda tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, anda adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran anda terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri anda sendiri. Anda juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!

Jadi, anda rasa anda tergolong dalam kategori apa? Sudah tiba masanya untuk anda berubah dan sentiasa berfikiran positif jika anda inginkan kejayaan dalam hidup anda.

Sumber : 101 Rahsia