Resepi: Daging Bakar Ala Thai
Di hujung minggu bersama keluarga ini boleh la buat hidangan bakar-bakar. Memang meriah! Jom cuba buat daging bakar ala thai ni. Sesekali kita cuba kelainan pula.
Bahan yang digunakan:
- 1/2kg daging
- 4 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 2 sudu makan kicap
- 1 sudu sos tiram
- Garam & gula
Bahan pencicah
- 1 Ulas bawang putih
- Akar daun ketumbar
- Daun ketumbar
- Cili padi (ikut tahap kepedasan yang diingini)
- Sos ikan
- Gula
- Limau nipis
Cara membuatnya:
- Tumbuk bawang putih dan serai sehingga lumat.
- Gaul semua bahan-bahan bersama daging dan biar ia perap ( boleh terus dibakar jika tidah mahu perap, tapi lagi lama perap lagi sedap)
- Daging jangan dibakar terlalu lama kerana daging akan kering.
Cara membuat pencicah
- Tumbuk bawang putih dan akar ketumbar.
- Selepas itu satukan semua bahan dan gaul rata.
- Cili padi dihiris halus
Selamat mencuba!
Sumber: rasa.my & google (gambar)