Resepi: Pai Epal
Bila tiba musim perayaan, mesti ramai yang akan membuat rumah terbuka dan menghidangkan pelbagai jenis juadah. Tetamu pula ramai yang menantikan apakah juadah istimewa lagi menarik yang bakal disajikan. Anda boleh mencipta kelainan dengan cuba membuat Pai Epal untuk disajikan sebagai pencuci mulut kepada tetamu-tetamu anda. Pastinya rumah anda akan diingati kerana memberikan hidangan yang lazat dan lain dari yang lain.
Jom kita lihat apa bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.
Bahan yang diperlukan:
Doh pastri
- 250gm tepung gandum | diayak
- 125gm mentega beku | dipotong dadu
- 1 biji kuning telur
- 2 sudu makan air ais
- 1 sudu makan gula
- Secubit garam
Inti
- 500gm epal | dikupas, dibuang biji dan dipotong dadu
- 50gm gula kastor
- 40gm mentega
- 1 sudu makan serbuk kulit kayu manis
- ½ sudu makan serbuk buah pala
- 1 sudu makan jus lemon
Hiasan
- 1 biji kuning telur- dipukul
Cara membuatnya:
- Masukkan tepung dan garam di dalam sebuah mangkuk. Tambahkan gula dan kacau rata.
- Selepas itu, masukkan mentega dan gaul sehingga sebati.
- Kemudian, tambahkan telur dan air ke dalam adunan tepung tadi. Adun sehingga menjadi doh.
- Balutkan doh dengan plastik dan rehatkan selama 30 minit di dalam peti sejuk.
- Untuk membuat intinya, masukkan epal ke dalam mangkuk.
- Kemudian, masukkan jus lemon, gula, serbuk kayu manis, dan serbuk buah pala ke dalam mangkuk.
- Selepas itu, cairkan mentega di dalam kuali dengan api kecil. Kemudian, masakkan hirisan epal selama 12 minit sehingga warna keperang perangan. Angkat dan sejukkan.
- Selepas itu, keluarkan doh pastri dari peti sejuk. Taburkan sedikit tepung di atas meja sebelum doh dicanai. Bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian untuk mangkuk pai, dan satu lagi sebagai penutup pai.
- Kemudian, canaikan doh hingga menjadi rata. Letakkan doh dalam acuan pai. Trim lebihan pastri pada dindingnya.
- Selepas itu, cucuk pastri dengan menggunakan garfu dan bakar dalam ketuhar selama 10 minit pada suhu 180°c.
- Kemudian, masukkan inti epal yang telah dimasak tadi ke dalam bekas pai yang telah dibakar tadi.
- Selepas itu, canaikan satu lagi bahagian doh sehingga rata. Potongkan ia menjadi bulat sama saiz dengan mangkuk pastri. (Penutup pastri)
- Sapukan sedikit kuning telur pada hujung dinding mangkuk pastri yang telah dibakar tadi.
- Kemudian, letakkan penutup di atas pastri pai tadi. Kelim menggunakan garfu atau tangan.
- Sapukan kuning telur di atas penutup pai untuk warna yang lebih cantik.
- Bakar pastri selama 35 hingga 40 minit atau sehingga pastri rangup dan berwarna sedikit perang. Hidangkan dan sedia dinikmati.
Selamat mencuba!
Sumber: rasa.my & google (gambar)

