Resepi Untuk Naikkan Kadar HB Untuk Ibu Hamil
Kepada ibu-ibu yang sedang mengandung, Abang Brian ucapkan tahniah ye! Jadi, entri kali ini Abang Brian nak sentuh serba sedikit tentang pemakanan yang dapat membantu meningkatkan kembali kadar Hemoglobin (HB). Untuk pengetahuan anda, HB ini merupakan sel darah merah yang sangat penting untuk oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.
Bacaan Hb normal seseorang wanita adalah 12-16 gram/dL sementara bagi ibu hamil pula jumlah HB adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL dan biasanya ia akan berubah sebelum dan semasa hamil. Kalau jumlah bacaan Hb kurang daripada 10, itu bermakna si ibu berisiko menghidapi anemia yang sangat berbahaya untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
Jika anda mengamalkan menu makanan dibawah, nescaya ia dapat membantu meningkatkan jumlah HB selain dariapda pengambilan supleman zat besi.
Jus Jambu Batu
Kaya dengan vitamin C untuk memastikan ia dapat menyerap zati besi dengan lebih efisyen.
Bahan-bahan
- 2 biji jambu batu
- 2 sudu besar gula
- Jus lemon
- Sedikit jus halia
Cara membuat
- Rebus jambu batu yang dipotong kecil di dalam air dan biarkan ia sejuk sekejap.
- Kisar jambu tersebut dan masukkan jus lemon dan halia.
- Tadaaaa! Anda sudah boleh meminumnya!
Smoothie Kurma
Kandungan zat besi yang tinggi dalam kurma baik untuk mencegah masalah Hb rendah atau anemia.
Bahan-bahan
- 250 ml Susu segar
- 5 biji kurma
- 2 sudu besar madu
- 2 sudu besar yogurt asli
- Sebiji pisang masak
- Sedikit kiub ais
Cara membuat
- Buang biji kurma.
- Potong pisang berbentuk kecil.
- Masuk semua bahan dalam pengisar.
- Kisar semua bahan sekaligus sehingga hancur.
- Siap untuk dinikmati.
Salad Buah Delima
Buah delima adalah ‘superfruit’ yang terkenal kaya dengan antioksidan serta tinggi khasiat zat besinya.
Bahan-bahan
- Daud salad romaine lettuce
- Timun
- Tomato
- Sebiji bawang kuning
- 4-5 sudu besar isi buah delima
Dressing
- 8 sudu besar minyak zaitun
- 2 sudu besar cuka
- 2 sudu besar air perahan limau
- 1 sudu besar pati sirup buah delima (bukan jus buah delima)
- sedikit garam, madu dan serbuk lada putih
Cara membuat
- Hiris timun, tomato, bawang kuning serta daun salad.
- Gaul kesemua bahan.
- Letakkan dressing dan gaul rata.
- Sedia untuk dimakan.
Abang Brian harap dengan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu yang sedang mengandung diluar sana ye. Haa suami pula, kena pastikan kadar HB isteri tidak rendah tau!
Sumber : Majalah PaMa


