Family gathering hujung minggu ini, nak masak apa ya? Mesti semua tetamu teruja untuk mengetahui makanan apa yang akan dihidangkan nanti. Pasti kepala anda juga ligat memikirkan resepi-resepi menu yang lazat untuk menjamu tetamu anda nanti. Abang Brian ada jalan penyelesaiannya. Jom tengok resepi Lamb Shanks dan Kentang Putar yang Abang Brian kongsikan ini. Confirm tetamu anda akan makan sehingga menjilat jari!

Bahan yang diperlukan: 

  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 4 lamb shank, di bersihkan “frenched”
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 bawang kuning besar, dicincang
  • 4 batang daun rosemary
  • 1 sudu besar daun thyme
  • 1 1/2 cawan stok ayam HOMEMADE (rujuk resipi – http://www.abangbrian.com/blog/2017/01/31/resipi-halal-kiub-stok-ayam-homemade/)
  • 5 biji buah kurma, isinya sahaja, dihiris
  • Garam dan lada hitam secukupnya

Untuk hidangan bersama:

Keledek lenyek, Kacang buncis dicelur dan ditos bersama mentega

Cara membuatnya: 

  1. Salutkan lamb shank  dengan sedikit tepung. Sadurkan dalam periuk dengan minyak. Keluarkan dan toskan di atas tisu dapur.
  2. Dalam periuk yang sama, tumiskan bawang sehingga lembut. Masukkan rosemary dan thyme.
  3. Masukkan stok dan kurma, perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya. Masukkan lamb shanks. Biarkan mendidih.
  4. Tutupkan periuk dan bakarkan dalam ketuhar pada suhu 200C untuk 3 jam atau sehingga lamb shanks menjadi cukup lembut. (Kalau menggunakan pressure cooker 1 jam sudah mencukupi jika tetapan tekanan tinggi digunakan)
  5. Hidangkan dengan keledek lenyek dan hiaskan dengan daun thyme segar.

Selamat mencuba!