Tanda Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang
Ramai di antara kita ynag tidak sedar diri dihidapi penyakit buah pinggang. Ini kerana sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang ini kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi, lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang ini dan lakukan rawatan segera.
1. Kekerapan membuang air kencing
Perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing anda. Jika anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga sekiranya terdapat darah di dalam air kencing anda.
2. Mengalami keletihan yang melampau
Anda akan mengalami keletihan sepanjang masa kerana buah pinggang gagal menghasilkan hormon yang mencukupi bagi menghasilkan sel darah merah. Kekurangan hasil sel darah merah akan menyebabkan anemia dan anda mengalami keletihan yang melampau.
3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan
Buah pinggang berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari tubuh. Jika sebaliknya berlaku, buah pinggang anda mengalami kegagalan untuk befungsi dan menyebabkan pembengkakan pada salah satu anggota badan.
4. Mengalami kegatalan yang teruk
Anda akan mengalami ruam dan kegatalan kerana apabila buah pinggang gagal mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh.
5. Dalam mulut terasa seperti ada logam
Sekiranya anda terasa seperti ada logam di dalam mulut anda, ini merupakan tanda awal kegagalan buah pinggang ekoran terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
6. Loya dan muntah-muntah
Apabila sisa-sisa buangan di dalam darah, ini akan membuatkan anda loya dan muntah-muntah.
7. Berasa sejuk sepanjang masa
Mereka yang mengalami anemia akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun berada di dalam cuaca yang panas.
8. Sukar bernafas
Ini merupakan tanda awal penyakit buah pinggang yang disebabkan anemia atau pengumpulan bendalir dalam paru-paru.
9. Merasa sakit di bahagaian belakang atau tepi sebelah bawah
Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan meweujudkan rasa sakit pada bahagian berdekatan dengan buah pinggang anda.
10. Kerap pening kepala
Ini disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen dalam otak.
Sumber: lelakisihat.com & Google (gambar)

