Tip Goreng Hati Dan Pedal Ayam Supaya Tidak Meletup
Selalunya ibu-ibu ada kerisauan ketika hendak menggoreng hati dan pedal ayam. Ini kerana, dua organ ayam ini memang akan meletup bila digoreng. Bimbang merecik minyak panas ke tangan. Oleh yang demikian,. ramai yang kurang gemar menyimpan sahaja di dalam peti sejuk atau dibuang.
Bagi mengatasi masalah ini, ini yang anda boleh lakukan.
- Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
- Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama parat dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
- Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
- Goreng seperti biasa. Hasilnya hati dan pedal tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.
Sumber: rasa.my & google (gambar)

