Tip Menjaga Langsir Rumah
1. Sheer curtain anda menjadi kelabu? Rendam langsir anda dan biarkan semalaman sebelum basuh dan bilas seperti biasa. Jika keadaannya masih kekuningan disebabkan oleh kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Cucian sempurna penting untuk memberikan bau yang wangi dan segar serta membersih agar boleh diguna semula.
2. Langsir dibasahi kencing kucing? Jangan bimbang! Anda boleh merendamkan bahagian yang terkena air kencing kucing anda tadi sahaja atau rendam keseluruhan langsir anda. Sebelum merendamkannya ke dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena air kencing kucing tadi dengan ubat gigi. Biarkan 1-2 jam dan terus rendam ke dalam cecair pencuci agar bau kencing kusing hilang dan tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
3. Buta langsir yang berkain tebal, anda boleh menggunakan bulu ayam atau fabrik pembasmi habuk untuk mengelap debu atau habuk yang melekat pada langsir. Lakukannya seminggu sekali terutamanya jika anda menetap di kawasan bandar. Bucu langsir pula boleh disedut menggunakan penyedut hampagas. Ada kalanya debu-debu inilah yang membuatkan fabrik anda namoak kotor dan kelabu.
4. Bagi langsir yang berenda, rendam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan dapat membebaskan kotoran yang melekat dicelah-celah jalinan benang.
5. Awas, jika anda menggunaka fabrik sheer halus yang eksklusif. Ini kerana anda harus memastikan bahawa anda menggunakan mesin basuh daripada cucian lembut supada ia tidak akan merosakkan kain langsir anda.
6. Bagi mengelakkan warna langsir berbelak atau luntur, pastikan anda mencucinya di dalam satu bekas cucian sahaja terutamanya jika anda membasuh langsir yang berwarna gelap.
7. Tentu anda rasa sakit hati jika ada anak-anak yang suka menempek gula-gula getah pada langsir bukan? Tenang sahaja. Anda boleh menggosok gula-gula getah tersebut dengan ais batu sehingga keras. Dengan ini, gula-gula getah tersebut boleh ditanggalkan dengan mudah.
8. Jika anda mempunyai langsir tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan gantikannya dengan fabrik baharu yang bersesuaian terutamanya di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
9. Jika anda menggunakan swag daripada jenis satin polos, elakkan daripada membasuhnya dengan mesin basuh. Ini akan menyebabkan juraian kain langsir anda berkedut dan susah untuk menggosoknya.
10. Bagi yang memakai langsir klasik, elakkan membasuh tali ikatan dengan tassel dengan mesin basuh. Memadai dengan merendam tassel tersebut semalaman sahaja sekiranya kotor. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kotoran.
Sumber: sinarharian.com.my & google (gambar)

