Tip Mudah Buang Sisik Dan Isi Perut Ikan
Ramai yang selalu mengeluh apabila hendak membuang sisik dan isi perut ikan. Kadang-kadang tu bila makan rasa lagi sisik ikan. Payahnya! Mesti hilang semangat nak memasak resepi yang menggunakan ikan.
Jangan begitu. Ini kami kongsikan cara mudah untuk menyiang ikan terutama yang bersisik. Selain menggunakan sebilah pisau yang tajam, ada beberapa perkara perlu anda lakukan bagi memudahkan proses menyiang ikan.
- Rendam dalam air suam kemudian tambah dengan sedikit jus limau nipis. Rendam ikan yang akan dibersihkan lebih kurang tiga minit untuk melembutkan sisik ikan. Tetap hati-hati supaya isinya tidak hancur semasa dibersihkan.
- Arahkan mata pisau secara menyerong supaya sisik ikan mudah dibersihkan. Kemudian pegang pisau menggunakan tangan kanan dan tangan kiri memegang perut ikan. Halakan pisau di bahagian bawah kepala ikan. Arahkan secara menyerong, seterusnya tekan perlahan di bahagian bawah perut hingga ke ekor.
- Gunakan papan pemotong. Alat ini memudahkan proses membuang sisik ikan membelah perutnya. Pilih papan pemotong jenis kayu agar ikan tidak mudah bergerak semasa disiang dan dibuang sisiknya.
- Keluarkan isi perut ikan dan bersihkan di bawah air mengalir.
Ingat! Hati-hati jangan sampai empedunya dalam perut ikan pecah. Jika pecah ia akan menjejaskan rasa isi ikan.
Sumber: rasa.my & google (gambar)

