Tip Rawat Kulit Kepala Hanya Dari Rumah
Masalah kelemumur memang merimaskan. Cuba lakukan 3 cara rawatan ini sendiri di rumah dengan menggunakan bahan yang ada di dapur.
Cuka Epal
Campurkan sedikit cuka epal dengan air ke dalam botol semburan. Semburkan pada akar sehingga hujung rambut selepas bersyampu. urut lembut kulit kepala dan biarkan selama lima minit. Sama juga seperti lemon, ia menyeimbangkan pH pada kulit kepala dan menanggalkan kulit mati yang boleh menyebabkan kelemumur.
Jus Lemon
Urut kulit kepala dengan dua sudu besar jus lemon. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas. Jus lemon memiliki asid untuk menyeimbangkan tahap pH pada kulit kepala. Ia dapat mengurangkan penghasilan kelemumur dan bahan antibakteria secara semula jadi.
Minyak Tea Tree
Campurkan beberapa titis minyak tea tree ke dalam syampu. Dari syampu biasa, ia kini menjadi syampu antikelemumur.
Sumber: jelita.com.my

