Sesiapa yang pernah berdepan dengan masalah ini tentu akan rasa seperti ingin membuang terus baju itu. Walaupun anda cuci pakaian itu berkali-kali, memang susah sangat nak hilangkan kesan dakwatnya.

Ada beberapa tips yang boleh anda cuba untuk menghilangkan kesan dakwat itu. Antaranya adalah : 

  1. Tititskan sedikit cuka ke atas kesan dakwat pada pakaian anda. Biarkan untuk beberapa minit kemudian gosok-gosok dengan jari di atas kesan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali sehingga tiada lagi kesan dakwat. Selepas itu cuci pakaian tersebut seperti biasa.
  2. Campurkan sedikit garam halus dan beberapa titis jus limau nipis ke atas kesan dakwat pada pakaian anda. Biarkan beberapa minit sebelum anda gosokkan dengan jari ke atas kesan dakwat. Ulang beberapa kali untuk menghilangkan kesemua kesan dakwat. Kemudian barulah cuci pakaian tersebut seperti biasa.
  3. Ambil sedikit susu tepung dan bancuh dengan air. Sapukan bancuhan susu itu ke atas kesan dakwat dan biar sehingga kering. Selepas itu cuci pakaian tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan kesan susu.
  4. Selain itu anda juga boleh sembur penyembur rambut pada kesan dakwat di pakaian anda. Biarkan kering. Kemudian ambil sebaldi air dan tuangkan beberapa titis cuka. Rendamkan pakaian tersebut untuk beberapa minit. Kemudian barulah cuci dengan air bersih.

Harus diingatkan kemungkinan ada jenis fabrik yang tidak sesuai untuk mengunakan petua-petua diatas ye! 

Sumber : notawanita