10 Sebab Kenapa Anda Perlu Minum Air Barli. No 8 & 9 Paling Tak Disangka-sangka!
Haa disebabkan cuaca di Malaysia yang sangat panas ini, apa kata anda cuba minum air barli. Ala tak kisahlah barli sejuk ke suam, janji barli! Memang terbaiklah!!
Kalau anda nak tahu, nama barli ini sebenarnya adalah botaninya Hordeum Vulgarie yang merupakan bijiran pertama ditanam di Timur Tengah.
Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli sangat efektif untuk merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan baik.
- Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ‘waxy’ lebih tinggi kandungan beta-glucan daripada jenis barli lain.
- Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.
- Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.
- Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi yang membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.
- Digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar.
- Boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.
- Mampu mengurangkan tekanan darah. Dikatakan dengan memakan barli mampu merendahkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat. Ini mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Membantu membuang toksin daripada tubuh sekali gus mampu memberikan anda penampilan lebih muda dan kulit lebih sihat.
- Kaya dengan selenium. Selenium mampu mengekalkan keanjalan kulit dan memperbaiki fungsi tubuh.
- Anda yang mengalami masalah rambut dikatakan baik mengambil barli. Ini kerana barli mengandungi sejumlah garam galian, vitamin dan antioksidan yang diperlukan untuk penghasilan rambut sihat.
Sumber : wom.my & mingguanwanita

