5 Makanan Yang Memberi Kesan Pada Kelakuan Si Manja
Gula selalu menjadi punca apabila anak menjadi aktif dan sukar dikawal. Tanpa diketahui, ada beberapa jenis makanan lain yang turut memberi impak kepada kelakuan anak anda.
Antaranya ialah:
1. Produk Tenusu
Jika anak anda mempunyai alergi kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan. Merka akan menjadi agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.
2. Pewarna Tiruan
Pewarna tiruan berkait rapat dengan ADHD, hyperactivity dan perubahan tabiat. Ini yang ibu bapa selalu terlepas pandang dan asyik menyalahkan gula sahaja. Pewarna tiruan ini selalu tersembunyi di dalam sebuku roti atau tairu.
3. Gula
Kanak-kanak akan menjadi terlebih aktif sekiranya pengambilan gula melebihi paras normal. Gula dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan pada jangka masa panjang.
4. Bahan Pengawet
Bahan pengawet banyak terdapat di dalam makanan berproses seperti makanan di dalam tin dan produk sejuk beku. Makanan ini menpunyai kaitan rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur.
5. Bahan Perasa
Bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hyperactivity kepada kanak-kanak.
Sumber: majalahpama.my

