5 Restoran Fish & Chips Terbaik di KL
Apabila anda di mood yang dan inginkan makanan yang enak, pastinya menu Fish & Chips akan menjadi antara pilihan makanan anda. Hidangan yang terdiri daripada ikan tepung goreng dan kentang goreng merupakan hidangan yang paling digemari di London. Pastinya anda sukar untuk menolak empingan ikan yang digoreng perang keemasan dan kentang goreng rangup.
Kini, anda tidak perlu lagi ke London untuk merasai Fish & Chips. Ini kami kongsikan restoran Fish & Chips terbaik di Kuala Lumpur yang akan menjadi lokasi food hunting anda seterusnya!
1.The Magnificent Fish and Chips Bar
Restoran ini mempunyai konsep kolaborasi bersama bar dan istimewa dengan semua jenis Fish & Chips. Disaat pisau di tangan anda mula memotong lembut isi ikan tersebut, menunjukkan betapa segarnya ikan yang digoreng. Datang dan cuba The Fish and Chips Magnificent Bar dengan rakan-rakan anda.
Photo: The Magnificent Fish and Chips Bar (Facebook)
2. Munching Mob
Munching Mob merupakan sebuah kafe kasual kontemporari yang bertempat di Bukit Jalil. Walaupun mempunyai pelbagai jenis menu yang berbaloi untuk dicuba, Fish & Chips juga yang mengungguli carta. Isi ikan yang lembut disalut dan digoreng dengan adunan istimewa yang menjadikannya rangup dan dihidangkan dengan kentang goreng, salad dan sos tartar. Anda pasti puasa setelah dapat menikmati hidangan mudah lagi klasik ini.
Photo: Munching Mob Cafe (Facebook)
3. Ben’s
Fish & Chips yang dihidangkan di Ben’s ini mempunyai elemen hidangan di London. Isi ikan yang digoreng rangup dalam adunan emas dihidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan sos tartar buatan sendiri.
Photo: Ben’s by BIG (Facebook)
4. Nemo Cafe
Bertempat di Plaza Mont Kiara, kafe ini menarik ramai perhatian dengan menu wajibnya Fish & Chips dan selalu penuh dengan orang ketika waktu makan tengah hari. Fish & Chips ini dihidangkan dengan bungkusan kertas yang membolehkan anda makan disitu ataupun membawa ia pulang. Anda juga mempunyai pilihan sama ada anda mahu ikan itu dipanggang atau digoreng.
Photo: Nemo Cafe (Facebook)
5. Merchant’s Lane
Kafe ini merupakan antara kafe yang menjadi tempat wajib untuk gambar di Instagram. Jika anda mempunyai mood yang sedikit berbeza daripada Fish & Chips biasa, anda boleh ke Merchant’s Lane dan pilih menu Salmon Fish & Chips. Jika tidak, Fish & Chips klasik mereka juga sangat lazat disamping salad dan hashbrown emas rangup.
Photo: Merchant’s Lane
Sumber: mariefranceasia.com & Google (gambar)






