Petua Untuk Menaikkan Berat Badan. No 1 Sangat Penting!
Haa disebabkan terlalu ramai yang request untuk Abang Brian kongsikan tips untuk menaikkan berat badan, so entri kali ini Abang Brian akan tunaikan permintaan anda ye.
Yela tak akan lah asyik nak kongsikan tips untuk kurus sahaja kan? Apa kata kali ini kita tukar angin sikit. Tetapi perlu diingatkan, janganlah pula sampai obesity tau! Tak kira kurus atau gemuk, yang penting kesihatan sentiasa dalam keadaan baik.
Jom kita tengok antara cara untuk menambahkan berat badan.
- Jangan biarkan perut anda kosong tanpa makanan melebihi empat jam
Badan kita memerlukan bekalan tenaga yang berterusan kerana ia berfungsi seperti enjin yang sentiasa dihidupkan kerana jantung sentiasa berdenyut, darah sentiasa beredar, otak dan otot juga sentiasa bekerja.
Apabila kita melangkau waktu makan tanpa mengikut jadual, kita sebenarnya telah mengganggu sistem tubuh yang seperti juga enjin yang memerlukan bahan api untuk terus beroperasi.
Kaedah terbaik untuk mengelakkan badan daripada kehilangan tisu-tisu yang penting adalah untuk makan secara tetap, jarak kira-kira dalam 3 – 5 jam.
- Makan beberapa makanan sekaligus
Kita perlu mensasarkan sekurang-kurangnya tiga kumpulan makanan. Bukan sekadar sebiji pisang atau segenggam kacang. Tambahkan dengan beberapa keping roti bakar bersama dengan mentega.
Sebagai pelengkap, segelas susu organik tanpa lemak atau segelas soya. Pengambilan pelbagai variasi makanan akan meluaskan lagi spektrum nutrien untuk tubuh yang bekerja sepanjang hari.
- Makan makanan yang berkhasiat
Cara terbaik untuk memaksimum pengambilan nutrien tanpa perlu makan secara berlebihan adalah dengan memilih makanan yang kaya dengan nutrien seperti karbohidrat, protein dan lemak dalam hidangan yang kecil. Buah-buahan kering adalah contoh yang baik.
- Makan tepat sebelum tidur
Pada kebiasaannya, banyak proses penyembuhan, pembaikan dan pertumbuhan semula (regeneration) oleh tubuh akan berlaku semasa kita tidur. Ia adalah waktu yang sibuk untuk tubuh membina otot dan tisu. So, pastikan anda makan makanan yang sihat sebelum tidur untuk memastikan nutrien mencukupi bagi tubuh untuk menjalankan tugas.
Paling bagus mungkin anda boleh makan semangkuk kecil pasta salad yang dibuat dengan minyak zaitun extra-virgin, sayuran yang dicincang dan protein tanpa lemak seperti kacang, dada ayam atau keju organik.
Sumber : celikvitamin

