5 Makanan Yang Boleh Membuatkan Anda Langsing, Percaya?
Kot ye pun anda mahu diet, janganlah sampai membahayakan diri sendiri. Tidak perlu sampai mengikat perut semata-mata ingin mendapatkan tubuh badan yang ideal. Apa yang penting, anda kena sentiasa alert tentang cara pemakanan anda ketika dalam proses diet itu.
Kalau Abang Brian senaraikan jenis makanan yang mampu melangsingkan badan anda, mesti anda tidak percaya bahawa makanan ini juga boleh menjadi ‘teman rapat’ anda ketika dalam proses diet.
- Popcorn
Ia kaya dengan serat dan dapat membuatkan anda berasa kenyang selama berjam-jam lamanya kerana ia memperlahankan penghadaman anda. Bukan itu sahaja! Menurut kajian Nutrition Journal, mereka mendapati bahawa 15 kalori popcorn rendah lemak adalah sama mengenyangkan seperti 150 kalori dalam kerepek kentang.
- Sriracha
Ia dibuat daripada lada cili, yang kaya dengan capsaicin penahan selera. Menurut jurnal Appetite, ia menunjukkan bahawa ia mempunyai pelbagai faedah penurunan berat badan, seperti meningkatkan suhu badan, membakar kalori, dan membantu melahirkan rasa kenyang.
- Cendawan Portobello
Cendawan ini tinggi dalam glutamate iaitu sejenis asid amino yang mempunyai savory “fifth taste” yang dipanggil umami (rasa manis, masam, pahit dan masin). Menurut kajian British, jika anda makan sup dengan rasa umami, itu bermakna ia dapat mengurangkan selera makan tetapi anda tetap akan berasa kenyang.
- Kentang
Kentang yang telah dimasak dan dibiarkan sejuk mengandungi ketahanan kanji yang tinggi dan satu karbohidrat yang melalui usus kecil anda tanpa dicerna. Semasa ia bergerak ke usus besar, bakteria yang tinggal di sana akan mencernakannya, menjana bahan-bahan yang dikenali sebagai short-chain fatty acids. Ini menggalakkan pengeluaran peptida, yang menghantar mesej ke otak anda untuk memberitahu bahawa anda sudah kenyang.
- Dark Chocolate
Penyelidik di Universiti Copenhagen pernah memberi sarapan pagi kepada sukarelawan sama ada dark chocolate atau milk chocolate, mereka yang makan dark chocolate dilaporkan kurang lapar selepas memakan dark chocolate berbanding yang makan milk chocolate. Lebih baik lagi, mereka mengambil 17% kurang kalori untuk makan tengahari.
Sumber : Wanista