Tips Putihkan Gigi Kuning & Berkerak Secara Semulajadi
Mempunyai gigi putih dan sihat sememangnya menjadi harapan bagi semua orang lelaki dan wanita. Sebelum membincangkan petua putihkan gigi, anda perlu tahu apakah perkara-perkara yang membuat gigi menjadi kuning. Sering merokok, kopi atau teh, serta berus gigi yang jarang menjadi sebab-sebab mengapa gigi tidak putih.
Berikut adalah beberapa cara semula jadi untuk putihkan gigi:
- Lemon dan garam
Campuran lemon dan garam boleh digunakan sebagai pes gigi semulajadi semulajadi yang boleh membuat gigi kuning bertukar menjadi putih dalam masa yang singkat. Cara membuatnya juga sangat mudah. Yang anda perlukan adalah hanya mencampurkan jus lemon, di campur dengan sedikit garam. Petua putihkan gigi dengan pes gigi semulajadi dari lemon dan garam ini sememangnya agak kuat tetapi jangan gunakan terlalu kerap kerana ia akan merosakkan lapisan gigi disebabkan oleh kandungan asid yang tinggi pada lemon tersebut. Tidak hanya itu, kandungan garam yang berlebihan juga akan merosakkan lapisan kulit gigi sehingga ia akan menjadikan gigi mudah berliang.
- Strawberi
Siapa yang tidak suka strawberi, ia memang agak asid namun mengandung vitamin C yang sangat banyak membuat buah ini senantiasa di buru. Buah dengan rasa masam kemanisan ini boleh menjadi salah satu bahan mujarab untuk putihkan gigi. Yang mesti anda lakukan adalah hanya dengan makan buah strawberi seperti biasa secara kerap.
- Kulit oren
Hampir semua kulit oren boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk putihkan gigi kerana semua oren mengandung vitamin C yang tinggi. Hanya dengan menggosok bahagian dalam daripada kulit oren yang berwarna putih. Untuk mendapatkan kesan yang maksima, anda boleh melakukan cara ini setiap hari. Walau bagaimanapun, bagi orang-orang yang mempunyai gigi sensitif tidak perlu menggunakan satu ini kerana akan memburukkan keadaan gigi anda.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : petuasihat

