Tip Jaga Dan Tajamkan Lesung Batu
Jika anda mengambil masa yang agak lama ketika proses menumbuk, sudah tiba masanya anda menajamkan kembali lesung batu anda kerana jika ia berfungsi dengan betul, menumbuk sambal belacan menjadi satu tugas yang mudah.
Lama kelamaan, permukaan lesung batu akan menjadi licin dan haus. Walaupun lesung batu bukanlah perkakasan yang sangat penting dalam kerja-kerja memasak, namun ia turut membantu mempercepatkan lagi kerja memasak. Malah menumbuk bahan masakan juga meninggalkan rasa yang enak dan berbeza.
Bagaimana ingin menjaga dan menajamkannya?
Mudah sahaja. Bahan yang anda perlukan hanyalah garam kasar atau kulit kerang.
Gunakan garam kasar yang bersaiz besar dan masukkan ke dalam lesung batu. Golekkan dengan penumbuknya dan tumbuk garam ini lumat.
Kulit kerang pula ditumbuk sehingga hancur dan bersihkan permukaannya. Hasilnya permukaan lesung batu menjadi lebih tajam dan kasar.
Tip Jaga Lesung Batu
- Pastikan lesung batu dibasuh bersih selepas digunakan bagi menghilangkan baunya.
- Gunakan sabun jika perlu untuk hilangkan bau yang melekat.
- Keringkan di tempat yang di bawahnya berjaring seperti tempat letak pinggan. Ini bagi membolehkan bahagian bawah lesung lebih cepat kering dan hilang baunya.
- Tumbuk garam kasar selalu di dalamnya bagi menajamkan matanya.
- Sekali sekala, tumbung sebarang jenis cengkerang bagi menajamkan lagi matanya.
Sumber: keluarga.my & google (gambar)

