Apabila tiba waktu memberikan ubat kepada kanak-kanak, ia sememangnya antara waktu yang menyukarkan. Ibu bapa memerlukan kesabaran serta penggunaan teknik yang betul. Kini terdapat pelbagai jenis peralatan sesuai dan berkesan untuk membanti ibu bapa memberikan ubat kepada kanak-kanak. Bagaimanapun, pemilihan teknik pemberian ubat bergantung kepada umur si kecil dan keupayaannya untuk menelan ubat.

Ubat cecair

  • Sesuai diaplikasikan kepada kanak-kanak baru lahir hingga satu tahun.
  • Kenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul.
  • Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi kepada 45 darjah.
  • Balut bayi menggunakan kain atau selimut bayi.
  • Pakai peralatan sesuai bagi mengelakkan bayi menutup mulut dan muntah.
  • Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau jus.

Ubat cecair, ubat kunyah atau ubat yang dipecah atau dihancurkan

  • Sesuai untuk kanak-kanak di antara satu tahun hingga prasekolah.
  • Jika si kecil perlu makan ubat dalam jangka masa panjang, anda boleh beli alat pemecah ubat bagi memudahkannya menelan.
  • Berlainan jika pengambilan ubat untuk jangka masa pendek, anda boleh hancurkan ubat menggunakan belakang sudu di atas sekeping kertas.
  • Campurkan ubat dengan puding.
  • Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat.
  • Jangan marah atau denda si kecil jika dia mengeluarkan semula ubat itu.
  • Puji dan peluk anak selepas dia makan ubat.
  • Kanak-kanak lima tahun dan ke atas selalunya boleh menelan ubat sendiri.
  • Jangan sesekali benarkan anak anda mengambil ubat tanpa pengawasan ibu bapa.

Jika anak memuntahkan semula ubat……

  1. Dalam tempoh 20 minit dari dos pertama, ulang pemberian ubat dengan dos yang sama.
  2. Sekiranya anak muntah berulang kali, berhenti dari memberinya ubat dan hubungi doktor dengan segera.
  3. Anda boleh cuba melarutkan ubat mengikut arahan yang tertera pada bungkusan ubat.

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)