Anak Susah Nak Makan Ubat? Ibu Ayah Ikut Teknik Ini
Apabila tiba waktu memberikan ubat kepada kanak-kanak, ia sememangnya antara waktu yang menyukarkan. Ibu bapa memerlukan kesabaran serta penggunaan teknik yang betul. Kini terdapat pelbagai jenis peralatan sesuai dan berkesan untuk membanti ibu bapa memberikan ubat kepada kanak-kanak. Bagaimanapun, pemilihan teknik pemberian ubat bergantung kepada umur si kecil dan keupayaannya untuk menelan ubat.
Ubat cecair
- Sesuai diaplikasikan kepada kanak-kanak baru lahir hingga satu tahun.
- Kenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul.
- Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi kepada 45 darjah.
- Balut bayi menggunakan kain atau selimut bayi.
- Pakai peralatan sesuai bagi mengelakkan bayi menutup mulut dan muntah.
- Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau jus.
Ubat cecair, ubat kunyah atau ubat yang dipecah atau dihancurkan
- Sesuai untuk kanak-kanak di antara satu tahun hingga prasekolah.
- Jika si kecil perlu makan ubat dalam jangka masa panjang, anda boleh beli alat pemecah ubat bagi memudahkannya menelan.
- Berlainan jika pengambilan ubat untuk jangka masa pendek, anda boleh hancurkan ubat menggunakan belakang sudu di atas sekeping kertas.
- Campurkan ubat dengan puding.
- Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat.
- Jangan marah atau denda si kecil jika dia mengeluarkan semula ubat itu.
- Puji dan peluk anak selepas dia makan ubat.
- Kanak-kanak lima tahun dan ke atas selalunya boleh menelan ubat sendiri.
- Jangan sesekali benarkan anak anda mengambil ubat tanpa pengawasan ibu bapa.
Jika anak memuntahkan semula ubat……
- Dalam tempoh 20 minit dari dos pertama, ulang pemberian ubat dengan dos yang sama.
- Sekiranya anak muntah berulang kali, berhenti dari memberinya ubat dan hubungi doktor dengan segera.
- Anda boleh cuba melarutkan ubat mengikut arahan yang tertera pada bungkusan ubat.
Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

