Aktiviti Ini Yang Akan Ajar Anak Cepat Berdikari
Kadang-kadang si ibu tertanya-tanya bagaimana anak teman yang berusia lapan atau sembilan tahun sudah boleh memasak dan mencuci pakaian sendiri. Lebih-lebih lagi jika anak itu adalah lelaki.
Si ibu pasti merasa senang hati kalau anak-anak kecil sudah pandai berdikari atau menguruskan diri sendiri. Bukan sahaja memberi kelebihan untuk di masa akan datang, malah menyenangkan tugas seorang ibu.
Peranan ibu bapa dalam melatih lah yang sebenarnya memastikan anak mampu melakukan semua perkara ini sendiri. Lakukan lima aktiviti ini yang dikatakan mampu membuatkan anak-anak lebih berdikari.
1. Memasak
Memasak adalah antara ilmu berguna untuk mendorong anak berdikari. Ini akan menyenangkan mereka menyediakan makanan untuk dirinya sendiri tanpa perlu menyusahkan orang lain walau kemana pun mereka pergi. Latihlah anak ke dapur dan beritahu mengapa aktiviti ini amat penting.
2. Mengira Duit
Biarkan anak menyentuh dan meminta mereka mengira duit dengan tepat. Ketika itu, didik mereka dengan kuasa wang harini. Menabung misalnya antara elemen yang baik dan minta mereka menyimpan.
3. Biarkan Main Di Luar
Jangan melarang anak daripada bermain di luar rumah kerana aktiviti ini akan mengajar mindanya untuk berfikir sekaligus membuat keputusan. Berikan mereka kebebasan kerana kupayaan membuat keputusan dengan elemen luaran sekeliling mendorong anak berdikari.
4. Lega & Pemainan Doh
Dua permainan ini adalah permainan yang mengasah minda. Lego akan membuatkan otak berfikir dengan lebih pantas dan permainan doh akan membiarkan anak berimaginasi dengan hasil ciptaan mereka sendiri. Aktiviti ini akan membantu anak membuat keputusan di samping memberikan galakan untuk mereka mencipta hidup mereka sendiri.
5. Turut Serta Aktiviti Keluarga
Ajak anak untuk sama-sama terlibat dalam aktiviti keluarga misalnya ketika ibu mengemas atau ayah membasuh kereta. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada keperluan hidup yang membuatkan anak berfikir dan tahu akan kebaikannnya dalam kehidupan seharian.
Sumber: keluarga.my

