Strawberry adalah antara buah-buahan yang mempunyai warna yang cantik. Disebabkan itulaj, strawberry sering dijadikan bahan atau hiasan dalam masakan/makanan. Selain daripada itu, strawberry juga memiliki kandungan vitamin C yang bagus untuk tubuh badan.

Banyak manfaat yang dikandung dalam buah strawberry. Jadi, apa kata kita lihat tips memilih buah strawberry yang manis dan segar sebelum membelinya di pasar?

1. Elakkan daripada memilih strawberry yang warnanya kusam.  Pilihlah buah strawberry yang warnanya merah terang. Warna merah yang cerah menandakan buah strawberry tersebut sudah matang.

2. Tekan strawberry dengan lembut. Strawberry yang lembik menandakna ia tidak segar.

3. Perhatikan keadaan buah strawberry tersebut. Jika ia memiliki kecacatan, ia bermakna buah itu tidak segar.

4. Buah strawberry yang besar bukan bermakna ianya manis. Strawberry yang kecil jauh lebih manis daripada strawberry yang besar.

Semoga selepas ini, anda dapat memilih buah strawberry yang segar lagi manis untuk dibawa balik.

Sumber: inspirasibaking.com & google (gambar)