Abang Brian pasti setiap orang mesti pernah berdiri di depan cermin sambil membelek muka dan bermonolog ‘cantik/handsome juga aku ni’. Haa janganlah nak menipu kata tak pernah buat macam itu! Hehe.

Kini anda boleh mengukur kecantikan anda dengan menggunakan satu ujian yang diberi nama ‘ Pengenalan Kaedah Kecantikan dan Kejelikan (Beauty and Ugliness Identification Method) yang sangat popular di laman sosial China, Weibo dan kaedah ini sudah tersebar ke negara lain.

Bagaimana cara untuk melakukannya? Senang sahaja.

  1. Letakkan pangkal jari telunjuk anda pada dagu
  2. Sekiranya bibir anda menyentuh jari, anda adalah seorang yang sangat menarik dan cantik!

Tetapi kalau anda gagal ujian ini, janganlah kecewa kerana menurut pakar, ujian ini tidak mengukur kecantikan secara menyeluruh.

Menurut Dr Mark Holmes, ujian ini bertujuan mengukur simetri dan keseimbangan pada wajah.

Haa mesti ramai yang mencubakan dengan meletak jari pada dagu dan bibir anda? Eleh, tak mengaku konon! Hahaha.

Sumber : Metro