Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

Kanser mulut sering terjadi di lokasi berikut:

  • Lidah
  • Lantai mulut
  • Lapisan dalam pipi
  • Gusi
  • Lelangit
  • Bibir bawah

Faktor-Faktor Kanser Mulut 

  • Merokok
  • Mengunyah tembakau
  • Mengunyah pinang dengan / tanpa tembakau
  • Minum alkohol yang berlebihan
  • Terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan

Tanda-Tanda Kanser Mulut 

  • Ulser yang lambat atau tidak sembuh
  • Tompok putih (leukoplakia)
  • Tompok merah (erythroplakia)
  • Nafas berbau (halitosis)

Cara Mendiagnos Kanser Mulut 

  • Biopsi (pengambilan dan penganalisisan tisu patolgi terbabit)
  • Pengimejan (kajian radiografi terhadap bahagian tubuh yang berkait dengan penularan kanser mulut). Ini termasuklah

    • Radiograf biasa
    • CT Scan
    • MRI ( magnetic resonance imaging )
    • Scan tulang ( technitium bone scan )
    • Ultrasound

Kaedah Rawatan Kanser Mulut 

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi
  • Kombinasi antara tiga kaedah di atas

Komplikasi Kanser Mulut 

  • Kecacatan struktur mulut dan muka
  • Hilang selera makan
  • Sakit
  • Kesukaran menelan
  • Kesukaran bercakap
  • Bukaan mulut terhad
  • Kehilangan berat badan
  • Tekanan perasaan
  • Sel-sel kanser boleh merebak ke bahagian lain tubuh (metastasis)
  • Boleh membawa kepada kematian

Pencegahan Risiko Kanser Mulut 

  • Tidak merokok
  • Tidak minum minuman alkohol
  • Tidak mengunyah tembakau / pinang
  • Kurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik pergigian
  • Lakukan pemeriksaan mulut sendiri
  • Pengamalan gaya hidup sihat

Sumber: myhealth.gov.my & google (gambar)