Kenapa kulit mudah tampak kusam dan kurang bermaya? Ini kerana kita tidak memberikan perhatian yang secukupnya kepada kulit kita sendiri. Malah, pencemaran alam sekitar, kurang tidur, tekanan emosi serta gaya hidup tidak juga menyumbang kepada masalah ini.

Untuk memiliki wajah dan tubuh badan yang segar, pemulihan kulit harus segera dilakukan. Keselesaan dan kecantikan diri bermula daripada kulit yang sihat.

  • Belajar tentang keperluan kulit dan amalkan beberapa rutin kecantikan yang teratur bagi memberikan kelebihan berpanjangan pada kulit. Dapatkan juga nasihat pakar kecantikan dan lakukan kajian menerusi pembacaan agar kulit mendapat rawatan yang betul.
  • Kulit memerlukan air untuk kekal hidrat dan memelihara aspek fleksibiliti dan dalaman tubuh. Jadi, minum air dengan banyak!
  • Cuba minum air sekurang-kurangnya dua liter atau lapan gelas setiap hari bagi memerangi kusam dan keletihan. Bukan sahaja akan rasa lebih sihat malah, penampilan luaran akan bertambah baik juga.
  • Senaman fizikal juga penting dilakukan kerana ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah. Senaman juga membolehkan kulit menjadi segar dan berseri malah mengekalkan keanjalannya.
  • Basuh muka dan mandi dengan air sejuk setiap kali merasa letih kerana air sejuk berupaya menggalakkan peredaran darah. Malah air sejuk juga membuatkan tubuh segar serta-merta.
  • Berikan perhatian pada bahagian leher, tangan dan kaki. Gunakan pelembap bertekstur mewah bagi mengekalkan kelembapannya. Kerengsaan kulit boleh disebabkan dengan penggunaan sabun atau pencuci yang berformula tinggi. Ia mungkin bagus dalam menanggalkan kotoran pada pakaian dan pinggan mangkuk, tetapi tidak pada kulit kita. Jadi, kurangkan!

Sumber: Harian Metro (8 Mac) & Google (gambar) testing