Jom Tengok 8 Burger Paling Unik Di Dunia
Burger yang biasa anda makan mempunyai roti, sayur, keju dan daging. Jangan tak tahu, dalam dunia ini ada burger yang nampak biasa tetapi sebenarnya unik.
1. Pigeon and Worm Burger
Ini adalah burger unik dari London. Ia merupakan burger yang berintikan daging merpati pedas dan cacing. Daging burger ini mengandungi sumber kalsium dan protein yang tinggi. Siapa yang makan burger ini wajib memantau tahap kesihatan mereka.
2. Cheeseburger in a Can
Burger di dalam tin? Ya benar. Burger di dalam tin adalah makanan daripada Jerman. Tetapi, ramai orang tertanya-tanya akan rasa sebenar burger yang berisi roti, daging, mentimun, mayonis dan sos tomato ini. Jangan lah terlalu mengharapkan rasanya kerana rasanya agak tawar.
3. 1UP Mushroom
Pada mereka yang biasa bermain game Mario Bros, bentuk cendawan berwarna hijau dan bermotifkan polkadot pasti tidak asing lagi. Dengan warna hijau pada roti yang dibuat daripada pewarna makanan serta polkadot pada roti dibuat dari keju mozarella, pastikan anda berjaya menghabiskannya!
4. Lasagna Burger
Pening nak pilih nak makan pasta atau burger? Bagaimana jika anda gabungkan dua-duanya? Confim mengenyangkan!
5. Spaghetti Burger
Restoran di Philadelphia telah mereka dan membuat Spaghetti Burger dimana rotinya dibuat daripada spaghetti. Bagaimana agaknya rasa gabungan makanan dari Itali dan Amerika ini y?
6. Deep Fried Peanut Butter and Jelly Burger
Ini merupakan burger daripada estoran yang sama di Philadelphia. Roti burger ini dilapisi dengan mentega kacang dan jelly sebelum digoreng. Burger ini memiliki rasa campuran manis dan crunchy dengan isi pisang dan daging.
7. Burger Cupcakes
Hendakkan burger yang manis? Burger manis memang ada di dunia ini iaitu burger cupcakes. Burger ini 100% diperbuat dari adunan cupcake cuma tiada daging dan sayurnya sahaja.
8. Burger-flavoured ice cream
Sempena memperingati Hari Burger Sedunia 2013, Sorbitium Ices telah mencipta aiskrim yang inovatif, iaitu aiskrim rasa burger. Pada aiskrim ini, sos strawberi dijadikan sebagai sos tomato. Toppingnya juga manisan.
Sumber: loop.co.id & google (gambar)









