Disebabkan pengambilan kafein ataupun rokok yang keterlaluan, gigi boleh menjadi semakin menguning. Ia adalah satu-satunya bahagian rupa yang sebenarnya menjadi tarikan ramai tatkala kita berkomunikasi. Jadi, jangan biarkan gigi anda tidak terjaga rapi ya!

Amalkan cara berikut untuk kembalikan gigi yang putih berseri.

Serbuk Kunyit 

Campurkan satu sudu serbuk kunyit bersama sesudu minyak kelapa dara dan sedikit minyak pudina. Gosokkan campuran tersebut ke atas permukaan gigi dan kemudian gosok gigi seperti biasa. Ia bukan sahaja boleh memutihkan gigi, malah ia juga membantu mencegah kerosakkan pada gigi.

Strawberi dan Garam Laut 

Ambil dua atau tiga biji buah strawberi dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan bersama dua sudu teh garam laut dan gunakan campuran ini untuk menggosok gigi. Gosok selama dua minit dan kumur. Seeloknya, cuba amalkan dua bulan sekali dan lihat hasilnya yang memberangsangkan.

Minyak Kelapa Dara 

Sebelum menggosok gigi, sapu minyak kelapa dara ke atas permukaan gigi menggunakan jari. Biarkan ia meresap ke dalam gigi selama 10 hingga 15 minit dan berus gigi seperti biasa. Kumur dengan air sejuk. Amalkannya sebanyak tiga kali seminggu untuk hasil yang memuaskan.

Kulit Pisang 

Kulit pisang mengandungi agen yang mampu menanggalkan plak gigi dan sisa makanan. Cuba gosok permukaan gigi dengan bahagian dalam kulit pisang dan biarkan selama lima minit. Gosok gigi seperti biasa dan dalam masa yang sama amalkan cara ini setiap hari.

Gel Daun Lidah Buaya 

Selepas memberus gigi, gosok gel daun lidah buaya pada gigi setiap kali . Kemudian kumur seperti biasa. Anda tidak akan percaya akan hasilnya akan ketara selepas dua minggu mengamalkan cara ini. Cubalah!

 

Sumber: eh.com.my & Google (gambar)