Lokasi Gerai Cucur Udang Yang Boleh Buatkan Anda Terliur
Bila terbayangkan cucur udang masuk dalam anak tekak, pergh….sedapnya!! Paling sedap apabila ia masih panas dan dicicah bersama kuah cili. Haa ini memang salah satu makanan favourite Abang Brian.
Cucur udang adalah sejenis hidangan kuih-muih popular orang Melayu sejak dahulu hingga kini. Jom kita tengok antara lokasi terbaik untuk anda nikmati cucur udang dan rojak di Malaysia.
Manalah tahu kan, ada beberapa senarai gerai dibawah berdekatan dengan anda. Nanti bolehlah anda singgah kalau tiba-tiba teringin.
Gerai Pakcik Malik ‘D’ Pokok, Sungai Buloh
Mungkin bagi anda, cucur udang ini nampak biasa, kosong dan tawar. Tapi…jangan pandang cucur udang ini sebelah mata sahaja tau! Tekstur cucur sangat lembut dan empuk itu berjaya membuatkan anda terlena seketika, wah gitu!
Alamat: Simpang Jalan Kampung Melayu Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
No. Tel: 019 – 610 1094
Waktu Beroperasi: –
Mat Cucur Udang White Place, Kedah
Rugi kalau anda pergi Alor Setar tetapi tidak singgah ke gerai yang jual cucur udang terkenal ini! Apa yang difahamkan, perniagaan cucur udang di sini sudah bertahan lebih berpuluh tahun! Jadi maksudnya memang sedap lah cerita dia kan? Ia mungkin berasaskan resepi turun-temurun yang eksklusif.
Alamat: Cucur Udang White Palace, Gerai Taman PKNK, Alor Setar, Kedah, Malaysia
No. Tel: –
Waktu Beroperasi: 4pm – 11pm setiap hari
Cucur Udang Alor Gajah, Melaka
Jangan terkejut andainya ramai yang beratur semata-mata untuk membungkus atau menikmati rojak yang turut dikenali sebagai Rojak Menggong. Lain daripada yang lain, dah cuba sekali mesti nak lagi lepas tu! Saiz hidangan yang disedikan memanglah banyak, puas jika makan beramai-ramai seperti bersama dengan keluarga atau kenalan rapat.
Alamat: Medan Selera Pasar Menggong, Jalan Dato Dol Said, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia
No. Tel: –
Waktu Beroperasi: 11am – 6pm setiap hari
Restoran Mee Udang D’Tanjung, Batu Caves
Kedai ini memang popular untuk hidangan mee udangnya yang kaw, tapi bila dah singgah sini, jangan lupa pula untuk pesan cucur udang sebab hidangan cucur atau kuih undang di sini sedap sangat!
Selain Mee Udang dan Cucur Udang, ada juga dihidangkan makanan Melayu lain seperti Rendang Tok, Pasembor, Char Kuey Teow, lauk pauk makan tengah hari, sarapan dan banyak lagi!
Alamat: 53, Jalan SM3, Taman Sunway Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor
No. Tel: 019 – 261 1000 / 019 – 356 3566 / 012 – 339 7039
Waktu Beroperasi: Isnin – Sabtu (8am – 11pm)
Hussain Pasembur
Apa kata demi memenuhi selera tekak orang Melayu anda tu, jom singgah ke gerai Hussain Pasembur yang ada jual aneka ramuan Pasembur dari kek ikan, tauhu, mee, telur rebus bersalut tepung garing dan cucur udang yang pastinya akan buat anda jatuh hati!
Alamat: Medan Renong, 29, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
No. Tel: 019 – 477 5786
Waktu Beroperasi: 12pm – 1 atau 2am setiap hari
Sumber : wanista









