Mudah Kopek Kerang Dengan Tip Ini
Kerang segar haruslah direbus terlebih dahulu sebelum memasak juadah lain seperti sambal kerang. Tapi, kadang-kadang susah nak dibuka cengkerangnya. Ia akan melambatkan proses memasak yang seterusnya.
Jom kami kongsikan petua yang akan memudahkan anda mengopek kerang selepas ini.
Bahan yang diperlukan:
- Kerang
- 2 sudu makan minyak
- Air secukupnya | untuk merebus
Caranya:
- Masukkan kerang yang telah dibersihkan ke dalam periuk. Masukkan air dengan secukupnya.
- Tambahkan minyak dan rebus seperti biasa sehingga kerang masak.
- Toskan air dan kopek kerang. Hasilnya cengkerang kerang akan terbuka dan memudahkan proses memasak anda.
Selamat mencuba!
Sumber:rasa.my & google (gambar)

