Panduan Bersenam Dalam Bulan Puasa
Bersenam di bulan puasa Ramadan tidak semudah bersenam di hari-hari lain. Anda perlu sesuaikan panduan berikut dengan objektif dan kemampuan diri sendiri.
1. Waktu terbaik bakar lemak
Waktu terbaik untuk membakar lemak adalah dalam 1 jam sebelum berbuka atau sejurus selepas berbuka dengan air (yang tidak berkalori) sahaja. Senaman berintensiti rendah (heart rate tidak melebihi 65% kadar maksimum) seperti slow jog, brisk walk (mengikut kemampuan individu), casual sport elok dilakukan. Badan akan membakar lemak sebagai sumber tenaga senaman setelah seharian berpuasa dan kehabisan glycogen.
Untuk memastikan anda berada dalam lingkungan 65% heart rate, pastikan anda berasa beban senama tetapi masih boleh bercakap dengan orang sebelah tanpa tercungap-cungap.
Dalam keadaan cuaca yang amat panas dan lembap, adalah disyorkan untuk melakukan senaman ringan di tempat yang agak redup atau indoors, tidak berseorangan dan berdekatan rumah atau kawasan awam. Berhenti serta-merta jika berasa pening atau loya.
2. Senaman HIGH Intensity
Senaman high intensiti seperti HIIT, competitive sport, high intensity cardio tidak digalakkan dalam keadaan puasa. Senaman intensiti tinggi tanpa air sememangnya bahaya dan boleh akitbatkan pelbagai risiko kecederaan, pengsan, serangan jantung dan masalah yang tidak berbaloi.
3. Waktu lakukan HIIT atau weight training
Waktu untuk melakukan weight training adalah hanya selepas berbuka. Jika ingin bersenam terus selepas berbuka, pastikan makanan dan minuman anda mudah hadam (elakkan solid foods), jangan makan berlebihan dan tunggu 10-20 minit sebelum memulakan senaman. Jika anda berbuka dengan makanan yang agak berat, anda boleh lakukan weight training atau HIIT dalam 60-90 minit selepas berbuka.
4. Tidak bersenam ketika bulan puasa
Boleh, jika anda tidak mahu bersenam ketika bulan puasa. Ia sama ada anda kurangkan senaman atau berhenti terus bersenam sepanjang bulan puasa. Ini bagi mereharkan badan yang aktif sepanjang tahun dan membolehkan badan membaiki segala wear-n-tear. Tidak salah sekiranya anda mengurangkan segala aktiviti kecergasan dan memberikan tumpuan lebih kepada amalan rohani di bulan Ramadan.
5. Terawih merupakan satu senaman
Iya. Terawih akan membakar kalori (mungkin sehingga 200-300kcal bergantung kepada durasi dan suhu masjid/surau). Akan tetapi, objektif utama solat terawih itu bukanlah sebagai aktiviti kecergasan. Apabila anda berjalan kaki ke masjid, ia juga dapat membantu kesihatan jasmani dan rohani anda selain mendapatkan pahala.
Sumber: kevinzahri.com & Google (gambar)

