Pengenalan

Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah :

  • Kerosakan Sendi
  • Jangkitan kuman
  • Penyakit yang diwarisi
  • atau sebab-sebab lain

Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah :

  • Osteoarthritis (OA)
  • Arthritis rheumatoid
  • Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman
  • gout

Penjagaan Pemakanan

Batasan pemakanan untuk pesakit Artritis Rheumatoid (RA) termasuklah gandum dan produk berkaitan gandum, susu dan produk berkaitan susu, tomato, kapsikum dan ubi kentang. Semuanya ini akan menambahkan lagi kesakitan penyakit ini. Memakan makanan yang kaya dengan vitamin C didapati boleh melindungi daripada satu bentuk RA yang menjejaskan dua atau lebih sendi.

Pastikan anda memperolehi cukup asid lemak omega-3 EPA dan DHA daripada sumber ikan atau suplemen minyak ikan kerana ia mempunyai ciri-ciri anti radang yang mujarab dan boleh mengurangkan kesakitan serta memperbaiki keupayaan menggerak sendi-sendi terbabit.

Di klinik holistik, lazimnya pesakit dinasihatkan menjalani ujian selama dua jam bagi mengenalpasti jenis metabolisma mereka. Mengetahui jenis metabolisma dapat membantu menyelaraskan diet pesakit mengikut jenis keperluannya, membuatkan pH darah menjadi lebih beralkali dan dengan itu membantu penyerapan makanan dengan baik.

Herba dan suplemen

Sebagai ganti kepada ubat penghilang kesakitan tradisi, terdapat herba lain yang telah terbukti dapat membantu pesakit untuk melegakan kesakitan mereka tanpa menderita kesan sampingan. Kulit pokok willow dan Cat’s Claw lebih menonjol di kalangan herba anti radang dan pelega kesakitan lain seperti biji saderi, akar halia dan boswellia.

Terdapat kira-kira 300 hingga 500 spesies pokok willow yang boleh dijumpai daripada jenis yang berbentuk pokok renek menjalar sehingga ke pokok yang lebih besar. Sesetengah pokok willow telahpun digunakan berabad lamanya sebagai ubat untuk melegakan kesakitan dan anti radang.

Kini, terdapat banyak penyediaan pati kulit pokok willow yang boleh didapati di seluruh dunia tetapi kebanyakannya diperbuat untuk mengandungi Salacin sahaja sebagai ramuan aktif. Ini didapati tidak begitu berkesan berbanding produk kulit pokok willow tradisi yang menggunakan keseluruhan kulitnya. Frutarom dari Switzerland menggunakan kulit pokok willow sepenuhnya yang diambil daripada berbagai jenis spesies pokok willow termasuk Salix purpurea, Salix fragilis dan Salix daphnoids, yang mempunyai jumlah ramuan aktif yang lebih tinggi. Frutarom juga telah berjaya membangun dan mempatenkan proses Polyshield untuk mencegah kemusnahan terhadap ramuan aktifnya.

Kajian mendapati kulit pokok willow EFLA 462 yang dipatenkan oleh Frutarom dapat melindungi rawan sendi. Ini merupakan kelebihan yang nyata berbanding ubat konvensional kerana ia bukan sahaja melegakan gejala tetapi juga merawat penyebab masalah itu. Oleh kerana kulit pokok willow merupakan produk semula jadi dan tidak mempunyai kesan sampingan, ia menjadi pilihan yang lebih selamat untuk pengurusan kesakitan jangka panjang dan radang berbanding ubat konvensional.

Berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan, pokok Cat’s Claw (Uncaria tomentosa) telah digunakan sejak beratus tahun dalam perubatan tradisi rakyat untuk merawat berbagai keadaan kesihatan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, saintis di Amerika Syarikat dan juga negara lain mendapati pokok Cat’s Claw mempunyai tindakan anti radang dan antioksidan yang amat mujarab. Ia boleh menampung kesihatan sendi dengan meneutralkan radikal bebas yang menyerang rawan sendi. Ia juga didapati membantu membina fungsi imun dan menolong proses nyahtoksik.

Sebagai seorang pakar herbal klinikal bertauliah dalam pengurusan kesakitan, hanya pati herba yang dipiawaikan dipilih kerana kemujarabannya terjamin dan kesan yang lebih baik. Oleh itu, adalah wajar anda mengambil suplemen yang mengandungi gabungan bersinergi ini melalui pati kulit pokok willow yang dipiawaikan bersama dengan Cat’s Claw untuk melegakan kesakitan dan juga sebagai anti radang yang lebih berkesan dan selamat.

Sumber :http://www.myhealth.gov.my & http://ww1.utusan.com.my/utusan/ dan google (gambar)