Penyebab Dan Risiko Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)
Faktor risiko tekanan darah tinggi termasuk lah :-
UMUR
Risiko tekanan darah tinggi akan meningkat apabila umur anda bertambah. Pada pertengahan usia, lelaki lebih cenderung menghidap tekanan darah tinggi. Manakala, wanita pula dihidapi tekanan darah tinggi selepas mereka menopaus.
BANGSA
Tekanan darah tinggi lebih banyak berlaku di kalangan orang berkulit hitam berbanding yang berkulit cerah. Mereka yang berkulit gelap juga lebih cenderung terkena komplikasi serius seperti strok dan serangan jantung.
SEJARAH KELUARGA
Jika ada antara ahli keluarga anda menghidapi tekanan darah tinggi, tidak mustahil untuk anda juga dihidapi tekanan darah tinggi.
BERAT BADAN BERLEBIHAN ATAU OBES
Lebih berat anda, lebih banyak darah yang diperlukan untuk membekalkan oksigen dan nutrien kepada tisu badan anda. Oleh kerana jumlah darah yang diesdarkan melalui saluran darah bertambah, ia juga memberi tekanan kepada dinding arteri darah anda.
TIDAK AKTIF SECARA FIZIKAL
Kadar jantung mereka yang tidak aktif melakukan aktiviti fizikal lebih tinggi daripada mereka yang selalu membuat aktiviti fizikal. Lebih tinggi kadar jantung anda, lebih keras jantung dan menekankan arteri anda. Kekurangan aktiviti fizikal juga akan meningkatkan risiko berat badan berlebihan.
MENGGUNAKAN TEMBAKAU
Merokok, mengunyah tembakau akan merosakkan lapisan dinding arteri anda kerana bahan kimia yang terdapat dalam tembakau tersebut. Ini akan menyebabkan arteri anda sempit dan meningkatkan tekanan darah anda. Asap yang keluar juga boleh meningkatkan tekanan darah anda.
MENGAMBIL TERLALU BANYAK GARAM (SODIUM) DALAM DIET
Terlalu banyak garam dalam pemakanan anda boleh menyebabkan badan anda mengekalkan cecair dan meningkatkan tekanan darah.
PENGAMBILAN KALIUM YANG SEDIKIT DALAM DIET
Kalium dapat membantu mengimbangi jumlah garam dalam sel-sel anda. Jika anda tidka mendapatkan kalium secukupnya, garam akan berkumpul di dalam darah anda.
PENGAMBILAN VITAMIN D YANG SEDIKIT DALAM DIET
Vitamin D menghasilkan enzim untuk buah pinggang anda dan kekurangan vitamin d akan menjejaskan tekanan darah anda.
MENGAMBIL TERLALU BANYAK ALKOHOL
Minuman beralkohol boleh merosakkan jantung. Pengambilan yang lebih akan meningkatkan tekanan darah anda.
TEKANAN
Tahap tekanan akan menentukan peningkatan tekanan darah anda. Cuba selesaikan tekanan anda dengan baik tanpa meningkatkan tekanan darah anda.
KEADAAN KRONIK
Keadaan kronik seperti kolestrol tinggi, kencing manis, penyakit buah pinggang dan apnea tidur juga merupakan faktor meningkatnya tekanan darah tinggi.
MENGANDUNG
Wanita yang mengandung juga akan berisiko menghidapi tekanan darah tinggi.
Sumber: portalsihat.com & Google (gambar)

