Setiap orang mempunyai texture kulit yang berbeza-beza. Mesti ada di antara anda yang terlampau taksub untuk memiliki wajah yang cerah sehingga sanggup menghabiskan duit beratus-ratus ringgit untuk membeli produk kecantikan di luar sana.

Tetapi hasilnya tetap hampa! Haa tak terasa membazir ke? Mungkin ada sesetengah produk yang akan mencerahkan kulit anda tetapi bukanlah untuk jangka masa yang lama kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia didalamnya.  Malah ia juga akan membuatkan kulit anda kering dan kusam lama kelamaan.

Haa jangan risau, sebab Abang Brian akan kongsikan cara untuk anda hilangkan kulit kering dan kusam dengan hanya menggunakan bahan dari dapur anda.

Petua #1 – Untuk anda yang mempunyai kulit kusam dan kering, gunakan skrub betik atau buah nenas yang dibuat sendiri. Potong betik atau parut nenas kepada hirisan kecil dan sapukan ke wajah. Biarkan sekejap sebelum anda bilas dengan air bersih.

Petua #2 – Cuba amalkan untuk yogurt asli yang dicampur dengan sedikit madu dan sapu ke wajah anda pada sebelah pagi dan malam untuk mengembalikan semula struktur kulit yang normal. Elakkan kulit dari terdedah kepada cahaya matahari semasa memakainya.