Tembikai sangat enak jika dimakan begitu sahaja ataupun dibuat jus. Khasiat yang terdapat di dalam tembikai adalah vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis khasiat lain yang bermutu tinggi dalam perubatan.

Antara kebaikkan tembikai adalah ia mujarab dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai pula bukan sahaja memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang tua, malah turut memulihkan sistem tubuh bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Jus tembikai juga membantu menyembuhkan penyakit-penyakit seperti penyakit artritis, gout atau keracunan uremik yang berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan dan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Jenis tembikai boleh menjadi jantan dan betina. Tembikai betina akan kelihatan lebih besar daripada tembikai jantan. Bagaimana nak mengenal tembikai jantan atau tembikai betina? Senang sahaja. Lihat jalur yang terdapat pada buah tembikai terebut. Jika jalurnya kecil, maka itulah tembikai jantan. Tembikai betina akan mempunyai jalur yang lebar.

Tips nya adalah, pilihlah tembikai yang betina. Ini kerana tembikai betina lebih manis dan kurang biji benih. Tak macam tembikai jantan, biji benih banyak, tak manis mana pun.

Ini antara cara lain bagaimana ingin memilih tembikai yang baik.

1. Pastikan kulit buah tembikai yang licin

2. Pilih tembikai yang berat bukan saiz yang besar

3. Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan ia dah matang, buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah

4. Pilih tembikai yang warna buahnya hijau yang menarik dan bentuk buahnya sekata kiri dan kanan (simetri)

5. Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih

6. Tepuk-tepuk atau jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, jika ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya.

Sumber: panduanmalaysia.com & Google (gambar)