Redakan Sakit Tumit Dengan Garam Sahaja
Untuk dua minggu terakhir bulan Ramadan ini lah ramai mak-mak yang merebut peluang mencari kelengkapan raya. Tumit kaki akan mula sakit apabila penat berjalan seharian, menyinggah satu kedai ke satu kedai yang lain mahupun berdiri terlalu lama.
Sakit tumit seringkali terjadi kepada golongan wanita kerana mereka gemar memakai kasut tumit tinggi atau memakai rekaan kasut yang tidak sesuai dalam tempoh yang lama. Ia akan mengakibatkan rasa bisa, berdenyut dan sakit yang menyucuk pada bahagian tumit kaki. Pastinya rasa sakit ini akan membataskan pergerakan dan pekerjaan.
Cuba petua ini yang dipercayai dapat merawat dan menangani masalah sakit tumit kaki.
Bahan:
- 1 kilo garam kasar
- Kuali
- Kain / Tuala bersih
Cara:
- Masukkan garam ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak menggunakan api yang sederhana besar.
- Apabila garam mulai panas sekata, angkat dan bungkus dalam kain/ tuala bersih.
- Kemudian tuamkan pada bahagian tumit kaki yang sakit itu.
Jika diamalkan selalu, sakit tumit pasti akan berkurangan. Fisioterapi serta penggunaan kasut yang sesuai dengan ortotik juga mampu mengawal kesakitan ini daripada berterusan.
Sumber: mingguanwanita.my & google (gambar)

