Masalah jerawat sememangnya menjadi musuh utama seseorang apabila ia mula menampak pada raut wajah anda. Walaupun anda sudah mencuba pelbagai produk tetapi ia masih ‘bahagia’ di wajah anda bahkan ia semakin menjadi-jadi sehingga keyakinan diri anda turut terjejas.

Pernah tak anda mengambil tahu tentang apakah punca jerawat anda tidak pernah sembuh? Haa jom kita teng0k antara penyebab ia terjadi.

  • Alahan pada makanan

Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan makanan laut yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.

Kuantiti air yang tidak mencukupi tidak dapat membuatkan badan untuk mengalirkan toxin. Oleh yang demikian,toksin dalam badan akan kekal lama dan menyebabkan jerawat bertambah teruk.

Dinasihati supaya makan lebih banyak buah-buahan segar,sayuran dan minum air yang mencukupi supaya mempercepatkan aliran toxin dari badan.

  • Tidur

Pembaikan sel-sel sistem badan tidak berfungsi dengan baik jika kurangnya tidur. Anda digalakkan untuk tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Untuk pengetahuan anda, pukul 12 tengah malam sehingga 3 pagi merupakan waktu sistem badan anda menjalankan tugas.

  • Sembelit

Sembelit membuatkan toxin kekal lebih lama di dalam badan menyebabkan peredaran darah tidak  lancar. Toxin yang berlebihan akan tersekat dan akan dikeluarkan naik pergi melalui kulit wajah. Jerawat akan terus timbul dan susah untuk sembuh jika masalah sembelit ini tidak ditangani.

  • Penggunaan produk yang salah

Produk yang mempunyai bahan kimia terlampau dapat membuatkan jerawat akan menjadi lebih teruk. Jika anda kerap menukar produk juga menjadi punca jerawat anda susah untuk sembuh.

  • Bakteria

Jangan sentuh dan picit jerawat anda dengan menggunakan jari kerana bakteria itu akan berjangkit ke permukaan yang lain. Bukan itu sahaja, ia juga akan meninggalkan parut hitam yang sangat buruk.

  • Hormon tidak seimbang

Masalah hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh dengan lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana kelenjar sebaceous mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat dan akan mengeluarkan jerawat dengan banyak sehingga ia seakan-akan membengkak.

  • Penjagaan muka yang tidak berterusan

Tidak berdisplin untuk mengikuti basic penjagaan muka dengan memakai cleanser, toner, moisturiser, anti-blemish dan sunblock.

  • Persekitaran

Terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan seperti asap kereta.

  • Hati toksin

Hati yang bertoksin penyebab jerawat tidak pernah sembuh. Perlu ambil ubat dalaman untuk membersihkan hati. Jerawat berpunca juga dari dalam badan kita.

Darah yang kotor adalah salah satu puncanya. Sebab itulah ramai yang kini sedar betapa pentingnya mendermakan darah dan berbekam.

Sumber : Sendayutinggi