Punca Utama Kaki Dan Tangan Mudah Kebas
Mesti ada diantara anda yang kerap mengalami masalah kaki kebas kan? Paling merisaukan apabila ia kerap berlaku dalam tempoh satu minggu.
Ada sesetengah netizen beranggapan bahawa masalah kaki kebas merupakan salah satu gejala penyakit kaki. Betul ke?
Untuk pengetahuan anda, anggota tubuh yang kerap mengalami masalah kebas di selalunya dikaitkan dengan masalah saraf.
Anda juga perlu tahu bahawa ‘kebas’ itu cuma sekelumit daripada gejala-gejala lain dan ia tidak semestinya sakit saraf tetapi lebih elok jika kita mengambil langkah berjaga-jaga.
Masalah kaki kebas ini selalunya berpunca daripada tekanan di urat saraf dan antara sebab-sebabnya termasuklah:
- Duduk ataupun berdiri terlalu lama dalam posisi yang sama
- Kecerderaan dalam pada urat saraf (yang biasanya kita tak sedar) akibat bersukan atau aktiviti lasak.
- Tekanan pada urat-urat saraf di saraf tunjang (herniated disc)
- Tekanan di urat saraf periphery akibat masalah ketumbuhan, jangkitan, salur darah tersumbat yang menyebabkan pengaliran darah terjejas, kurang zat kalsium dalam badan, tubuh kekurangan vitamin B12.
Jika masalah kebas masih berterusan dan tak dapat dikenalpasti penyebabnya, lebih elok jika anda mendapatkan pemeriksaan doktor dan sebaik-baiknya rujuk dengan pakar saraf atau doktor tulang untuk nasihat dan rawatan lanjut.
Sumber : masterherbal

