Ada yang mungkin bertambah berat badan, kulit wajah bermasalah dan juga masalah rambut gugur apabila mengalami tekanan emosi, fikiran dan fizikal. Semua masalah ini merisaukan tetapi rambut gugur menyebabkan anda lebih runsing kerana wanita akan tampak lebih tua dan tidak bermaya.

Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan untuk mencegah keguguran rambut. Panduan ini membantu pertumbuhan semula folikel rambut agar rambut  lebih sihat, kuat dan tidak gugur.

  • Kisar pisang dengan madu, dadih dan susu rendah lemak. Minuman yang kaya dengan biotin membantu mengukuhkan akar rambut.
  • Minyak kelapa dan minyak zaitun cukup terkenal dengan khasiatnya yang tersendiri. Untuk mengatasi masalah rambut gugur, anda perlu campurkan satu sudu minyak zaitun dan satu sudu minyak kelapa. Kemudian sapukan ke seluruh bahagian rambut bermula dari kulit kepala. Urut bahagian kulit kepada secara perlahan. Tutup dengan shower cap dan biarkan untuk lebih kurang lima jam kemudian basuh rambut seperti biasa dengan menggunakan syampu.
  • Ambil suplemen pemakanan seperti Vitamin B6 dan Zink. Ini berguna apabila anda tidak mendapat khasiat dan zat yang secukupnya daripada sumber makanan semulajadi.
  • Tundukkan kepala ketika mencuci dan mengurut kulit kepala anda. Ini membantu meningkat dan melancarkan peredaran darah.
  • Selesaikan masalah yang membawa tekanan kerana ini boleh memudaratkan rambut anda.
  • Pastikan anda dapat tidur yang secukupnya.

Anda boleh juga cuba langkah ini:-

  • Potong hujung rambut yang bercabang dan rosak dengan kerap.
  • Jangan ikat rambut terlalu kuat dan ketat.
  • Biarkan rambut kering dengan sendiri lalu disikat menggunakan sikat yang bergigi jarang.
  • Sering tukar sarung bantal yang anda gunakan kerana rambut mudah rosak akibat terdedah akan bakteria dan kuman.

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)