Dapur yang ideal adalah dapur yang terjaga kebersihannya. Pembersihan dapur secara berkala adalah untuk menghidari pertumbuhan cendawan di dapur dan dinding dapur yang kotor akibat proses memasak. Walaupun lantai di dapur sentiasa dibersihkan, situasi kotoran terlekat dan licin di lantai dapur sering terjadi.

Jom lihat antara tips membersihkan lantai dapur agar kekal bersih sepanjang masa.

Langkah 1: Siapkan cecair limau/lemon secukupnya. 

Langkah 2: Campurkan air dan cairan limau/lemon tadi dengan nisbah 1:1. 

Langkah 3: Percikkan campuran tadi ke serata lantai dapur. 

Langkah 4: Lap lantai dengan kain basah. 

Langkah 5: Kemudian bersihkan lantai dengan air bersih. 

Langkah 6: Pastikan segala kotoran di lantai dapur dikeluarkan dan bilas dengan air bersih bagi memastikan lantai dapur bersih. 

Setelah itu, keringkan lantai dapur anda. Lantai dapur anda akan kembali kesat dan tidak licin. Lakukan pembersihan secara berkala untuk mengelakkan kotoran semakin melekat ke lantai. Jika dapur selalu digunakan untuk memasak, lakukan pembersihan setiap kali selepas proses memasak.

Sumber: dapurideal.com & google (gambar)