Tip Udang Tidak Berbau Hamis
Udang merupakan antara makanan yang digemari ramai kerana khasiatnya dan kelazatannya. Pelbagai hidangan boleh dibuat menggunakan udang. Ada udang goreng tepung, udang masak cili padi, udang masak masam manis dan banyak lagi.
Sebelum dimasak, udang perlulah dicuci atau dibersihkan terlebih dahulu. Kebanyakkan orang selalu merasa susah untuk menghilangkan bau hamis yang melekat pada udang. Membersih udang memang agak susah tetapi jika anda tau tips dan triknya, ia menjadi mudah.
Tips Membersihkan Udang
1. Masukkan udang yang akan dibersihkan ke dalam mangkuk. Kemudian cuci dengan menggunakan air bersih untuk menghilangkan semua kotoran yang melekat pada udang.
2. Setelah udang bersih, rendam udang tersebut di dalam air yang sebelumnya sudah ditambah dengan air limau selama 5 minit. Limau dipercayai elok untuk menghilangkan bau hamis pada bahan makanan termasuklah daging, seafood dan sebagainya.
3. Setelah udang tersebut direndam, anda boleh membuang bahagian kulit dan kepalanya. Namun, jika anda menyukai bahagian tersebut, biarkan saja kerana kulit udang juga sebenarnya memiliki manfaat.
4. Kemudian, hiris bahagian perut udang dengan menggunakan pisau tajam agar daging udang tidak hancur.
5. Keluarkan isi perut udang tersebut. Tariknya perlahan-lahan supaya isi perut udang tersebut tidak putus. Jika isi perut tersebut putus, lagi susah untuk anda membuang kotorannya.
6. Apabila langkah tersebut sudah dilakukan dan semua udang sudah dibuang kotorannya, anda boleh membilas kembali udang dengan air bersih.
Sumber: selerarasa.com & google (gambar)

