Tips Hilangkan Kesan Kuning Pada Ketiak Baju
Mesti ada diantara pembaca abangbrian.com yang pernah mengalami masalah kesan kuning di sekitar ketiak baju yang berwarna putih. Tahu tak kesan kuning itu adalah disebabkan penggunaan deodarant dan jika ia tidak disental dengan betul, kesan ini akan menempel dan ia menjadi lebih sukar untuk menghilangkannya.
Takkan asyik nak beli baju baru sahaja setiap kali hal ini terjadikan? Jadi, kali ini Abang Brian nak kongsikan dengan anda cara untuk menghilangkan kesan kuning pada baju putih anda tanpa perlu anda membeli baju baru.
Untuk menghilangkan noda dan kuning ketiak pada baju, anda boleh gunakan campuran baking soda dan air. Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya taburkan ia dibahagian yang terjejas dan gosok sebelum dibilas.
Anda juga boleh perahkan limau nipis di bahagian ketiak baju dan biarkan seketika. Selepas itu masukkan sabun basuh dan cuci seperti biasa. Ulangi selagi kesan belum hilang.
Sumber : vanillakismis


