Cara Mudah Sediakan Puri Berkhasiat Untuk Si Kecil
Setelah anak anda berusia 6 bulan, biasanya anda akan mula memberikan mereka makanan pejal. Anda boleh menyediakan sendiri puri buat si manja anda dengan mempelbagaikan campuran buah-buahan dan sayur-sayuran. Bukan sahaja berkhasiat, malah, kebersihannya terjamin dan ia juga baik untuk tumbesaran yang sihat serta otak yang cerdas.
Jom lihat resepi puri yang anda boleh cuba.
1. Puri Couscous, Epal, Baby Spinach
Bahan yang diperlukan:
- 1 biji epal merah
- Segenggam baby spinach
- ¼ cawan cous cous
- Sedikit mentega tanpa garam
Cara membuatnya:
- Bersihkan epal dan potong dadu.
- Kukus epal yang sudah dipotong dengan segenggam baby spinach.
- Kukus cous cous secara berasingan.
- Kisar semua bahan sehingga halus bersama sedikit mentega. Tambah sedikit susu ibu jika puri terlalu pekat.
2. Puri Keledek, Asparagus & Kacang Kuda
Bahan yang diperlukan:
- 1 biji keledek
- 2sudu besar kacang kuda yang sudah direbus
- 4 batang asparagus
Cara membuatnya:
- Basuh keledek, kemudian bakar tanpa membuang kulit. Bila sudah empuk, kupas kulitnya.
- Potong hujung batang asparagus dan kukus lebih kurang 20 minit.
- Bila semua bahan sudah siap, kisar halus hingga menjadi puri, tambah sedikit minyak zaitun.
- Tambah susu ibu jika suka untuk menjadikan puri lebih berkrim dan tidak terlalu pekat.
3. Puri Peas & Bayam
Bahan yang diperlukan:
- Segenggam kacang peas beku
- 4 helai daun bayam
Cara membuatnya:
- Nyah bekukan kacang peas. Kemudian kukus bersama daun bayam.
- Buangkan kulit kacang peas.
- Kisar kedua bahan bersama dengan susu ibu atau air.
4. Puri Oat Kurma
Bahan yang diperlukan:
- 1 biji pisang
- ½ cawan oat (rolled oat organic)
- 3 biji kurma (dibuang biji)
Cara membuatnya:
- Masak oat di dalam air atau susu sehingga kembang.
- Kisar kesemua bahan sekali gus.
- Tambah sedikit susu ibu untuk mendapatkan tekstur yang halus.
Selamat mencuba!
Sumber: majalahpama.my & google (gambar)