1. Ketawa akan menggalakkan peredaran darah ke kepala dan hati. Banyak kajian telah dilakukan tentang proses penuaan dan membuktikan ketawa sebenar bagus untuk tubuh badan. Ketawa juga akan melancarkan kitaran darah yang bagus untuk kesihatan secara keseluruhannya dan menaikan seri cantik itu dari dalam.

2. Ketawalah kerana dengan ketawa beberapa otot akan turut bersenam termasuklah diafragma, otot abdomen dan bahu. Anda boleh juga melakukan senama ringkas dan mudah yang lain untuk kekal sihat dan cantik.

3. Apabila peredaran darah lancar dan ditingkatkan ke semua organ utama temasuk otak, ia akan menjamin kesihatan organ utama sekaligus akan memancarkan seri pada wajah anda.

4. Menurut sesetengah laporan kajian, ketawa dapat mengurangkan kesakitan. Kaedah terapi ketawa digunakan oleh pakar perubatan dalam rawatan kanser dan juga dalam rawatan penyakit-penyakit kronik yang lain.

5. Tahap hormon stres dapat dikurangkan dan tahap hormon sihat dapat ditingkatkan melalui ketawa. Apabila kita ketawa, sistem imunisasi dilancarkan dalam pembebasan endorphins iaitu ‘natural feel-good chemicals’

Sumber: intrend.com.my & Google (gambar)