Kuasa Magis Pelukan Ibu Bapa
Kelahiran anak amatlah dinantikan. Anak merupakan permata hati yang begitu disayangi. Ada kalanya ibu bapa tidak boleh menerima kesilapan yang dilakukan si kecil. Ibu bapa mana yang tidak mahukan kesempurnaan pada anak-anak mereka bukan? Tetapi, anak kecil ini masih perlu banyak belajar daripada kesilapan yang dilakukan.
Oleh itu, ibu bapa perlulah berikan sokongan dan teguran dengan cara yang betul dan tidak cepat menghukum jika anak melakukan kesilapan. Tanpa mengira usia, anak memerlukan pelukan kasih sayang daripada ibu bapa. Memang secara mata kasarnya tidak nampak kesannya, tetapi hakikatnya ia merupakan satu kuasa magis yang dimiliki ibu bapa.
Percayalah, segala aura negatif, marah, gangguan emosi ibu bapa boleh hilang apabila memeluk anak kesayangan. Berikut adalah kesan pelukan ibu bapa kepada anak mereka.
1. IQ ANAK LEBIH HEBAT
Pelukan merupakan salah satu bentuk kasih sayang dan sokongan. Berikan anak anda pelukan setiap hari. Terdapat kajian yang mengatakan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk.
2. MENINGKATKAN KASIH SAYANG
Apabila kita memeluk anak kita setiap hari, mereka akan merasa kasih sayang itu. Dengan pelukan akan mencambahkan lagi kasih sayang antara ibu bapa dan anak.
3. MENGURANGKAN RASA TERTEKAN
Dengan pelukan juga anak akan tahu bahawa kita sentiasa berada di belakangnya dan menjadi penyokong paling kuat. Emosinya akan terbela apaibila anak sedar kita sentiasa ada jika dia tidak berjaya.
4. MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI
Anak yang menerima pelukan ibu bapa akan lebih berkeyakinan dalam semua perkara yang ingin dilakukan.
5. MENINGKATKAN HORMON GEMBIRA
Sama seperti orang dewasa, pelukan mampu meningkatkan hormon gembira dalam diri anak. Apabila mereka gembira, mereka akan lebih mudah belajar dan seronok untuk melalui pengalaman baru setiap hari serta kurang meragam.
6. MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI
Selain daripada makan ubat jika tidak sihat, pelukan juga mampu menjadi ubat paling mujarab untuk kembali sihat.
7. MERANGSANG PERKEMBANGAN ANAK
Anak terutamanya bayi yang selalu dipeluk akan mudah belajar banyak perkara seperti cepat berjalan atau bercakap.
8. MENGAWAL EMOSI NEGATIF
Pelukan juga membuatkan anak kurang meragam dan mudah mendengar kata. Mereka juga lebih positif dan bijak menyesuaikan diri mengikut situasi.
9. TENANG
Apabila anda memeluk anak anda, mereka akan membuatkan mereka merasa tenang dan selamat. Ini sekaligus dapat membantu si kecil yang kurang tidur dan suka meragam.
Sumber: Harian Metro (22 Feb) & Google (gambar)

