Petua Menghilangkan Panau
Jangan malu jika anda mempunyai panau pada kulit badan mahupun wajah kerana ada ubat yang dapat mengubati masalah itu. Bukan pengetahuan anda, panau merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat.
Jom kita tengok antara petua yang anda boleh gunakan untuk menghilangkan panau. Antaranya:
- Ambil 2 helai daun gelenggang dan basuh sehingga bersih.
- Letakkan daun gelenggang itu atas tapak tangan dan putarkan daun itu hingga menjadi lumat.
- Apabila sudah lumat, sapukan pada kawasan kulit yang bermasalah.
Anda boleh amalkan petua ini sebanyak dua kali sehari sehingga panau itu hilang.
SELAMAT MENCUBA

