Apabila memasak, pastinya anda perlukan beberapa cara untuk memudahkan kerja memasak anda. Bila semuanya mudah, lagi rajin lah kita masuk ke dapur. Jom tengok petua dapur yang orang lama amalkan sebelum memasak. Mungkin anda boleh cuba dan lihat sendiri perbezaannya.

1. CILI BOH TAHAN LAMA 

Masukkan cili boh ke dalam kuali yang mengandungi minyak panas. Goreng seketika sehingga pecah minyak. Masukkan di dalam bekas plastik bertutup sebelum simpan dalam peti sejuk. Ini adalah petua menyimpan cili boh dalam jangka masa yang lama.

2. UBI KENTANG TIDAK LEBAM

Rendam ubi kentang yang telah dikupas kulitnya di dalam air bersih sehingga anda mahu memasaknya. Sebelum memasak, basuh ubi kentang terlebih dahulu. Cara ini akan mengelakkan ubi kentang cepat lebam sebelum anda memasak.

3. SUDU, GARFU BERKILAT 

Gunakan bekas berisi air dan kulit nanas untuk merendam sudu, garfu atau pisau selama beberapa jam. Basuh seperti biasa menggunakan sabun pencuci pinggan dan bilas dengan air bersih. Kemudia, rendam lagi dalam air campuran asam jawa atau asam keping selama sejam. Lap menggunakan kain lembut hingga kering dan sapukan minyak masak sebelum menjemurnya di bawah terik matahari selama beberapa jam.

4. AISKRIM LAMBAT CAIR 

Bagaimana untuk mengelakkan aiskrim cepat cair? Masukkan aiskrim ke dalam bekas tahan sejuk dan lapiskan dengan ais secukupnya. Kemuadin ambil garam halus dan taburkan sedikit di atas air. Tutup dengan kemas dan hasilnya aiskrim akan lambat cair.

5. CARA SIMPAN DAGING

Bersihkan daging sebelum balutnya kemas dengan aluminium foil. Kemudian masukkan daging tersebut ke dalam plastik zip lock dan simpan ke dalam peti sejuk. Petua ini akan membuatkan daging mampu disimpan lebih dari dua bulan tanpa menjejaskan kualiti dan rasanya.

 

Sumber: mingguanwanita.my & Google (gambar)